RESEPI NASI DAGING

RESIPI NASI DAGING. Nasi daging adalah antara menu dari utara malaysia yang memang terbukti kesedapannya. Cara membuatnya juga agak mudah, membuatkan menu ini sering dipilih untuk dijadikan hidangan santapan tatkala tetamu datang ke rumah. Nasi daging ini biasanya dimakan bersama-sama dengan air asam yang pastinya mampu menambah selera anda. Jadi entri kali ini adalah perkongsian resipi Nasi Daging khas melayu yang semestinya mudah dan sedap.

Masaklah dulu pak cik.

RESEPI NASI DAGING



BAHAN :
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 paket perencah Nasi Daging (boleh digantikan dengan rempah kurma)
  • 250 gram daging batang pinang
  • Bunga lawang dan kulit kayu manis
  • Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras
CARA MEMASAK NASI DAGING :
  1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
  2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
  3. Bancuh perencah nasi daging dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
  4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan hirisan bawang besar diikuti bunga lawang dan kulit kayu manis serta halia dan kemuadiannya tumiskan sekali perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
  5. Selepas itu masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih.
  6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker atau magicom. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
  7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
  8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.

RESEP AIR ASAM


BAHAN :
  • 2 biji cili besar di potong *
  • 10-15 biji cili padi dipotong *
  • 1/2 cawan air asam jawa *
  • 1 inci belacan *
  • Garam dan gula secukup rasa *
  • 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 sudu makan kerisik
CARA MEMBUAT AIR ASAM :
  1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
  2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
  3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
  4. Resipi ini pastinya akan menggamit selera anda sekeluarga.

Share
Share
Share
Berlangganan Artikel Pada Blog Ini Yuk! Masukkan Email Valid

RESEPI NASI DAGING